Seorang lelaki cemas apabila terperangkap dalam sebuah bank selepas mengeluarkan duit di mesin pengeluaran automatik (ATM) di Cheng, pada Rabu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.41 malam melibatkan lelaki berusia 51 tahun yang terperangkap selama 15 minit sebelum pasukan bomba Balai Bomba dan Penyelamat Cheng bergegas menyelamatkan mangsa.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd Norshah Saleh, pihaknya mengesahkan ada menerima panggilan kecemasan sebelum menempatkan empat pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Tambahnya, kejadian berlaku ketika mangsa hendak mengeluarkan wang dan terperangkap akibat pintu terkunci secara automatik.
"Sejurus tiba didapati seorang lelaki terperangkap di dalam sebuah bank yang menyediakan perkhidmatan ATM.
"Mangsa kemudian berjaya keluar dengan sendiri tanpa sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 1.06 pagi," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.