Pernahkah anda melihat atau mungkin merasai sendiri pengalaman bila terpaksa menemani ibu, isteri, kakak atau teman wanita anda ber-shopping, tetapi lelaki hanya duduk dikerusi yang disediakan atau berdiri diluar kedai?
Menurut kajian yang dijalankan keatas 2,000 responden lelaki menunjukkan, 8 daripada 10 lelaki merasa bosan selepas 26 minit untuk menemani pasangan mereka ber-shopping dengan 45% daripada mereka mengakui cuba mengelak untuk keluar membeli-belah bersama pasangan masing-masing.
Satu pertiga daripada lelaki lebih rela untuk duduk diluar kedai, dan satu perlima mengakui usha wanita lain ketika pasangan mereka sedang sibuk membeli belah. Wow!
Lebih daripada 58% lelaki pura-pura seronok setiap kali terpaksa menemani pasangan mereka keluar shopping, dan antara sebab kenapa lelaki merasa bosan ialah rasa lapar atau haus, kedai yang sesak, dan terlepas rancangan menarik seperti bola sepak di TV.
Sumber: Telegraph
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.