Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Menyesal Perbuatan Lalu, Lelaki Berlakon Jadi Golongan OKU Untuk Dapat Parkir Khas Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

Ingat, sentiasa waspada atas tindakan yang dilakukan!
Muhammad Izwan Zainal
09 Dec 2021, 06:00 PM

Seorang lelaki berlakon menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) hanya untuk mendapatkan tempat meletakkan kenderaan khas untuk golongan berkenaan menjadi tular di media sosial.

Video yang memaparkan individu berjalan dan melakonkan seolah-olah mereka golongan berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

menyesal perbuatan lalu, lelaki berlakon jadi golongan oku untuk dapat parkir khas tampil mohon maaf secara terbuka

Malah, Senator Datuk Ras Adiba Radzi juga menyelar tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

menyesal perbuatan lalu, lelaki berlakon jadi golongan oku untuk dapat parkir khas tampil mohon maaf secara terbuka

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, beliau yang juga Ahli Dewan Negara (Wakil OKU) tampil dengan meminta kedua-dua individu tersebut membuat permohonan maaf terutamanya kepada komuniti OKU di Malaysia.

Susulan itu, salah seorang individu di dalam video berkenaan, Iswan dengan rendah diri tampil memohon maaf secara terbuka di media sosialnya.

Tambahnya, dia mengakui akan kesalahan yang dilakukannya bersama rakannya yang mengalami sumbing lelangit dan masalah pertuturan untuk melakonkan sifat itu semata-mata untuk sebuah video.

“Kawan saya bukan OKU, dia cuma sumbing. Dia tak ada masalah tangan dan kaki macam dalam video.

“Semuanya sekadar lakonan dan saya yang rancang minta dia berlakon sebagai OKU” katanya.

Namun, Iswan memaklumkan video itu hanya sekadar untuk menyampaikan teguran buat sikap segelintir masyarakat yang sering mengendahkan golongan OKU dalam kehidupan seharian.

Dia tidak menyangka video pesanan yang disampaikan itu tidak menjaga tatasusila dan sensitiviti sesetengah pihak sehingga terlepas pandang dan terus membuat perkongsian tanpa usul periksa dahulu.

Iswan yang menyesal dengan perbuatannya itu berhajat mahu berjumpa dengan Ras Adiba bagi membincangkan dalam usahanya untuk membantu golongan OKU dengan platform yang betul.

“Jika diberi peluang, saya berhasrat untuk bertemu dengan Datuk Ras Adiba bagi membincangkan mengenai hasrat saya untuk ke depan dalam membantu golongan OKU.

“Niat saya untuk membantu OKU, seperti menggunakan platform aplikasi TikTok. Apa yang boleh lakukan di pihak saya, saya akan cuba bantu,” katanya.

@iswanishak

Kepada rakyat malaysia dan golongan oku saya memohon maaf🙏🏻..matlamat video itu tersalah erti..silap nya dari saya .terima kasih kerana menegur saya

♬ original sound - iswan ISHAK

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}