Seorang lelaki sanggup membakar dirinya di hadapan Menara Galata, Turki dan bertindak merakam swafoto bersama mangsa tanpa menghulurkan bantuan ketika kejadian.
Memetik laporan Daily Star, video itu jelas kelihatan mangsa yang memakai kostum ‘Grim Reaper’ atau dikenali sebagai ‘malaikat maut’ ketika api membakar dirinya.
Pemilik sebuah kedai akhirnya membantu mangsa dengan memadamkan kebakaran menggunakan semburan cecair pemadam api selepas mangsa berguling-guling.
Dilaporkan, lelaki berkenaan melumurkan badannya dengan minyak petrol sebelum menyalakan api.
Namun, mangsa terselamat setelah diberikan bantuan kecemasan dan mampu bercakap dengan pihak berkuasa.
Pelbagai reaksi daripada warganet mengenai situasi tersebut dan ramai yang kecewa denbgan tindakan individu itu.
“Saya akan menyangkakan ia adalah pertunjukan jalanan dan mungkin orang lain turut berfikir perkara yang sama,” kata salah seorang warganet.
Menurut media tempatan Turkey Posts, Gabenor Istanbul telah mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian tersebut.
“Hari ini kira-kira pukul 6.30 petang (waktu tempatan) di daerah Beyoglu, berhampiran Menara Galata, mangsa yang dikenali sebagai ACTP telah cuba membakar dirinya menggunakan bahan mudah terbakar yang disiram pada badannya.
“Selepas dibantu penduduk setempat, api berjaya dipadamkan dan mangsa dibawa ke hospital oleh pasukan 112 Emergency Health. Rawatan masih diteruskan dan siasatan mengenai insiden telah dimulakan,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online, Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.