Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Lelaki Berang Kena “Reject” Bertindak Bakar Kereta Milik Wanita

Betul-betul kecewa ni!
Muhammad Izwan Zainal
09 Dec 2021, 02:09 PM

Seorang lelaki tanpa berfikir panjang membakar kereta milik seorang wanita akibat cintanya ditolak di Pangsapuri Seri Pagi, Taman Bukit Serdang, pada Ahad.

lelaki berang kena “reject” bertindak bakar kereta milik wanita

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan memaklumkan mangsa dilaporkan berada di rumah ketika kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 pagi.

“Mangsa ketika itu dimaklumkan oleh jirannya berhubung kejadian. Mangsa yang terkejut kemudian turun dari rumah sebelum mendapati kereta miliknya sudah terbakar dan api sedang dipadamkan oleh pihak bomba.

“Hasil penelitian daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, polis menahan seorang lelaki berumur 29 tahun di sekitar kawasan Bandar Kinrara, Puchong kerana disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku disebabkan suspek terlalu emosi dan tidak berpuas hati setelah cintanya ditolak wanita terbabit.

“Suspek berang akibat cintanya ditolak mangsa sejak setahun lepas,” katanya.

Hasil semakan turut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Hasil ujian saringan suspek juga didapati negatif dadah.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}