Seorang lelaki bertindak kejam apabila menendang seekor kucing hingga terjatuh ke dalam laut di Greece akan dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Pihak polis menahan suspek apabila video tersebut tular di media sosial sehingga mendapat perhatian orang ramai.
Video itu jelas menunjukkan tiga individu dihampiri dua ekor kucing ketika sedang santai di sebuah restoran berhadapan dengan sebuah pantai.
Mereka bertindak mengacah seekor kucing menghala ke tebing laut dengan mengumpan seekor ikan lalu menyepak haiwan tersebut masuk ke dalam laut.
Jika didapati bersalah, suspek akan menerima hukuman penjara 10 tahun dan denda maksimum €50,000 (RM229,122).
Rata-rata warganet berang dengan perlakuan individu berkenaan dan mereka menarik nafas lega apabila penduduk setempat menemui kucing yang menjadi mangsa itu dalam keadaan selamat.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.