Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Lelaki Sunyi Abai Haiwan Peliharaan, Lebih 100 Kucing Ditemui Mati Di Kediaman Miliknya

Kesiannya!
Muhammad Izwan Zainal
07 Dec 2021, 01:07 PM

Menyayat hati, lebih 100 ekor kucing ditemui mati di kediaman seorang individu di selatan Perancis, pada Isnin.

Menurut persatuan perlindungan haiwan, pihaknya dimaklumkan oleh anak saudara lelaki berkenaan yang memasuki kediaman itu pada Ahad selepas lelaki itu dimasukkan ke hospital di Nice.

lelaki sunyi abai haiwan peliharaan, lebih 100 kucing ditemui mati di kediaman miliknya

Kebanyakan kucing yang mati di situ disimpan dalam bekas plastik atau kayu yang bertutup.

Tambah presiden persatuan La Tribu du Fourmilier, Philippe Desjacques, lebih 20 ekor kucing juga diselamatkan di kediaman individu itu dan kini ditempatkan di rumah perlindungan dan klinik haiwan bagi rawatan lanjut.

“Berdasarkan keadaan kucing-kucing itu, ia dimasukkan ke dalam bekas bertutup itu selepas mati.

“Namun, kami jangka ada sekurang-kurangnya dua ekor kucing dimasukkan (ke dalam bekas) hidup-hidup,” katanya.

lelaki sunyi abai haiwan peliharaan, lebih 100 kucing ditemui mati di kediaman miliknya

Difahamkan, lelaki berusia 81 tahun itu dipercayai menghidap sindrom Noah yang menjelaskan mengenai tabiat mengumpul haiwan akibat kesunyian.

Sindrom yang dihadapinya salah satu sindrom Diogenes yang dikaitkan dengan tabiat suka mengumpul barang.

lelaki sunyi abai haiwan peliharaan, lebih 100 kucing ditemui mati di kediaman miliknya

Setakat ini, pihaknya akan memfailkan tuduhan terhadap lelaki berkenaan atas dakwaan pengabaian haiwan.

Sumber: AFP News
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}