Adakah anda mengenali seseorang yang terlalu leka bermain permainan video sehingga lupa untuk melakukan aktiviti lain termasuk makan?
Sebuah rakaman video dari sebuah kafe internet di Filipina menunjukkan gelagat seorang remaja yang terlalu fokus bermain game, sambil terpaksa disuap makan oleh ibunya.
Remaja berusia 13 tahun itu dikatakan banyak menghabiskan masa di sebuah kafe di Nueva Ecija, Filipina, hingga memaksa ibunya, Lilybeth Marvel, 37, menghantar sarapan buatnya.
“Kasihan anak saya, nah maka sekarang”
Remaja berkenaan juga telah berhenti sekolah dan ibu bapa beliau meminta bantuan orang ramai bagi menangani masalah anaknya itu.
“Saya sering berleter mengenai permainan video tetapi ia tidak berkesan..”
“Jadi saya cuba pendekatan berbeza”, katanya.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.