Sebatang jalan raya sepanjang 3km di wilayah Shaanxi, China telah dipasang dengan lebih 1,000 tiang lampu yang dikatakan berharga sekitar AS$1,000 (RM4,000) setiap satu.
Jalan yang amat jarang digunakan itu dipasangkan dengan lebih 1,000 tiang lampu, bertujuan semata-mata bagi meningkatkan nilai tanah mereka. Ia berikutan dengan keputusan kerajaan disana untuk membeli tanah tersebut.
Pada sangkaan penduduk setempat, tanah yang dipasang lampu jalan akan meningkatkan harga nilai tanah tersebut, menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan yang lebih tinggi pada mereka.
Namun, pampasan yang diberikan pada mereka itu nanti tidak termasuk tiang lampu yang dipasang. Penduduk diarahkan untuk menurunkan lampu-lampu berkenaan dan mereka akan dikenakan penalti atau denda kerana memasang lampu secara haram.
Sumber: India Times
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.