Lebih 600,000 penduduk warga Indonesia berisiko positif COVID-19, ketika kematian dinegara itu kini meningkat mendadak kepada 32 orang.
Memetik laporan dari Awani, jurucakap pemerintah Indonesia berkata, jumlah kes positif setakat semalam (20 Mac 2020) telah mencecah kepada 369 kes.
Besar kemungkinan jumlah itu boleh bertambah berdasarkan pengesanan kontak rapat mereka yang positif COVID-19.
Mengikut kepada pecahan kes kematian, Jakarta mencatatkan 18 kes, diikuti Jawa Barat (7), Jawa Tengah (3) dan masing-masing satu kes di Bali, Banten, Jawa Timur dan Sumatera Utara.
"Populasi yang berisiko (dijangkiti) adalah 600,000 hingga 700,000 orang. Sudah ada alat kit ujian sebanyak satu juta, untuk kita jalankan pemeriksaan secara massal (berskala besar)," katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu, Presiden Indonesia sudah menyediakan kit ujian yang akan diuji di Jakarta Selatan dari rumah ke rumah.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.