Atlet lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly, yang juga penyumbang pingat emas ketiga bagi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 2025.
Menurut ibunya, Salmah Yatim, dia memaklumkan anak bongsunya itu mahu fokus dalam sukan dan mempunyai sasaran untuk menyertai Sukan Paralimpik di Paris pada 2024 sebelum menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya.
Tambahnya, atlet berusia 24 tahun itu sudah mengenali teman wanitanya sejak zaman sekolah ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi.
“Latif rancang kahwin pada 2025 kerana buat masa ini dia masih nak tumpukan kepada sukan terlebih dahulu. Kalau ikutkan saya, 2025 pun masih rasa Latif terlalu muda lagi untuk berkahwin.
“Namun, kami tidak ada halangan sebab keluarga pun sudah lama saling mengenali antara satu sama lain.
“Dia pun ada cakap yang lepas acara Sukan Paralimpik di Paris, baru akan merancang untuk berumah tangga,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.