Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

UiTM Buat Laporan Polis, Individu Bocor Laporan Kronologi Kes Pensyarah Hina Pelajar B40 Akan Didakwa?

Alamak dah kenapa pula ni?
Muhammad Izwan Zainal
01 Apr 2022, 07:00 AM

Baru-baru ini, laporan kronologi mengenai insiden pensyarah kontraknya disyaki merendahkan pelajar B40 yang disediakan universiti itu bocor dan tular di media sosial.

uitm buat laporan polis, individu bocor laporan kronologi kes pensyarah hina pelajar b40 akan didakwa?

Menurut Naib Canselor UiTM Prof Datuk Roziah Mohd Janor, pihaknya berkata laporan polis telah dibuat bagi melindungi mahasiswa dan kakitangannya daripada pelbagai spekulasi.

“Sebenarnya saya faham keadaan itu, kita ini hidup dalam zaman media sosial, tetapi pada masa yang sama, kami juga, bukan kata tertakluk, kita ada undang-undang. Ada maklumat rahsia (tidak boleh dikongsi).

“Kalau kata maklumat rahsia, maknanya orang yang menerima laporan itu, tidak kiralah secara dalam talian atau emel, sepatutnya hormatlah. Tidak boleh dikongsikan dengan sesiapa di luar edaran,” katanya.

uitm buat laporan polis, individu bocor laporan kronologi kes pensyarah hina pelajar b40 akan didakwa?

Malah, laporan tiga muka surat itu bertujuan untuk menjelaskan secara terperinci mengenai insiden berkenaan bagi memberi pemahaman kepada pihak lain.

“Kita bukan kongsi (laporan kronologi) tapi kita hantar kepada pihak yang sepatutnya. Saya tidak tahu bagaimana kebocoran itu berlaku, apa pun kita ada polisi dan undang-undang,” ujarnya.

Isu tersebut kini dibawa ke Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Khas dan melibatkan wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Insya-Allah keputusan dijangka dicapai, kita akan salurkan kepada kementerian (KPT) (keputusan yang dicapai). Apa yang sudah terbocor (laporan kronologi) itulah sebenarnya pilihan yang akan dibentangkan,” katanya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}