Setiap kali temasya sukan atau apa-apa pertandingan, sudah pasti anda akan dengar lagu ‘We Are The Champions’, yang dimainkan untuk menaikkan semangat peserta dan penonton.
Lagu yang diterbitkan pada 1977, nyanyian Freddie Mercury, tercipta sebagai reaksi daripada respon penonton yang hadir konsert mereka di Bingley Hall, Stafford di mana para penonton menyanyikan lagu 'You'll Never Walk Alone' kepada kumpulan tersebut.
Sejak dari itu, lagu ini menjadi satu fenomena dunia, dimana ia acap kali dimainkan di mana-mana temasya sukan atau pertandingan di serata dunia.
Ia mendorong sekumpulan saintis dari Goldsmiths University pada tahun 2011 untuk menjalankan satu kajian dan mencari sebab mengapa sesebuah lagu itu diingati dan menyenaraikan 10 lagu paling menangkap (catchy) dalam sejarah.
Kajian itu mendapati lagu ‘We Are The Champions’ adalah lagu paling menangkap yang pernah dicipta.
"Setiap lagu hit tergantung kepada matematik, sains, kejuruteraan dan teknologi; daripada fizik dan frekuensi bunyi yang menentukan 'pitch' dan harmoni, kepada pemproses dan synthesiser digital berteknologi tinggi yang boleh menambah kesan untuk membuatkan sesebuah lagu itu lebih menangkap.
“Kami menemukan bahawa ada sains di sebalik lagu nyanyian ramai (sing-along) dan hubungan istimewa neurosains, matematik dan psikologi kognitif yang boleh menghasilkan ramuan rahsia untuk lagu sing-along yang sempurna.", kata psikologis muzik, Dr. Daniel Mullensiefen.
Dalam kajian itu mendapat, lagu ‘We Are The Champions’ mempunyai empat unsur penting dalam lagu nyanyian bersama-sama iaitu frasa muzik yang panjang dan terperinci, pelbagai pertukaran pitch dalam hook sesebuah lagu, vokalis lelaki, dan usaha vokal yang ketara oleh suara tinggi daripada lelaki.
Selain ‘We Are The Champions’, lagu ‘Y.M.C.A’, ‘Fat Lip’ dan ‘The Final Countdown’ juga antara lagu yang sering catchy dan dinyanyikan di serata dunia.
Sumber: NME
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.