Sebuah pusat janakuasa solar di Datong China ini tampil kreatif dengan rekaan terbaru mereka apabila mereka membentuk imej seekor panda jika dilihat daripada udara.
Digelar Janakuasa Panda, ia mampu menjana 3.2 bilion kilowatt perjam tenaga solar selama 25 tahun dan dapat mengurangkan penggunaan arang bagi menghasilkan tenaga elektrik.
Projek usahasama Chian Merchants New Energy Group bersama United Development Program (UNDP) ini juga ingin memberi kesedaran kepada orang ramai tentang tenaga bersih dan mereka juga berharap akan membina lebih banyak bentuk Panda pada masa akan datang.
Comel kan?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.