Minggu lalu, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan penguguran 38 kursus dan program di 19 universiti awam kerana didapati tidak lagi relevan dengan pasaran kerja.
Terbaru, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik telah mengumumkan dua kursus baru iaitu Kursus Falsafah dan Isu Semasa dan Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban akan ditawarkan di universiti awam Malaysia bermula sesi 2019/2020. Ia boleh diambil pada bila-bila masa dalam tempoh pengajian.
Menurut Dr Maszlee, kursus baharu ini adalah selari dengan hala tuju sistem pendidikan negara iaitu pendidikan berteraskan nilai. Tambahnya lagi, pendidikan membangunkan peribadi hendaklah diperkenalkan bukan sahaja peringkat rendah, sebaliknya hingga ke pengajian tinggi.
Sumber: Dr Maszlee Malik
Foto utama: ODISI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.