Seekor kucing berwarna oren-putih telah mencuri perhatian warganet kerana posisi tidurnya yang sangat menarik.
Mana tidaknya, Chata, kucing jenis munchkin dari Jepun ini akan tidur dengan posisi terlentang mirip manusia.
Chata kini berusia empat bulan mempunyai telapak kaki merah jambu, mampu menarik minat sesiapa sahaja dengan aksinya yang sangat comel.
Chata juga tinggal bersama seekor lagi kucing jenis munchking, iaitu Chava yang juga mampu mempamerkan aksi comel dihadapan kamera.
Sehingga kini, Chata dan Chava mempunyai pengikut sehingga 121 ribu di Instagram.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.