Seekor kucing Burma bernama Oscar bernasib baik selepas masih lagi bernyawa apabila tidak sengaja dibasuh dan dibilas dalam sebuah mesin basuh oleh pemiliknya selama 12 minit.
Pemilik kucing berkenaan, Amanda Meredith dari Queensland, Australia, pada mulanya terdengar suara si comel itu mengiau apabila suaminya memasukkan cadar dalam mesin basuh.
Ketika itu beliau menyangka bunyi itu hanyalah daripada kucing perliharaannya yang sedang bermain dalam almari. Meredith kemudian keluar untuk mengeringkan basuhan di ampaian dan apabila kembali kira-kira 12 minit kemudian, Oscar masih lagi belum berhenti mengiau.
Ketika itulah Meredith sedar kucingnya itu rupanya berada dalam mesin basuh.
"Saya dapat lihat kakinya di kaca mesin basuh itu, dia memandang saya sambil 'diputar' dalam mesin itu,
"Ia sangat menyayat hati," kata Meredith kepada portal ABC.
Bagaimanapun Oscar masih lagi hidup dan berjaya keluar meskipun dibilas dengan air panas dan juga terkena bilah tajam dalam mesin basuh.
Oscar dibawa ke klinik haiwan untuk diberika rawatan, dan diletakkan disana selama 24 jam sebelum dibenarkan pulang.
Selepas Oscar pulang ke rumah, ia tidak lagi aktif dan hanya tidur.
Meredith juga menasihatkan orang ramai terutamanya pemilik haiwan peliharaan agar sentiasa memeriksa mesin basuh sebelum menggunakannnya.
Sumber: ABC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.