Jika anda pernah melihat kucing atau haiwan peliharaan anda menekan kepalanya pada dinding, pastikan anda segera membawa haiwan anda itu ke klinik yang berdekatan.
Dikenali sebagai “head press”, fenomena ini sebenarnya berkait rapat dengan masalah kesihatan dalaman haiwan tersebut.
Menurut perMD, secara amnya simptom ini dikenali sebagao “hepatic encephalopathy”, terjadi akibat daripada masalah hati yang menyebabkan toksik berlebihan dalam badan, seterusnya merosakkan sistem saraf.
Penyebab lain kepada “head press” adalah:
- Hydrocephalus (air dalam kepala)
- Tumor
- Strok atau masalah dalam otak
- Bengkak dalaman
- Meningitis dan encephalitis
- Trauma lain pada kepala yang menyebabkan masalah kepada otak.
Namun, berbeza sekiranya haiwan anda menekan kepalanya kebawah, keadaan ini mungkin tidak sama sekali berkaitan dengan masalah kesihatan kerana kebanyakkan haiwan lebih selesa untuk tidur dalam posisi sedemikian.
Sumber: Purrfect
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.