Jika anda memiliki kucing dan bayi dalam satu rumah, besar kemungkinan kucing anda akan lebih selesa untuk tidur dan bermain dengan bayi anda itu.
Ini yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @FakeYashu, dimana keempat-empat ekor kucing miliknya dilihat sangat akrab bersama anak-anaknya yang masih kecil.
Tuna, Fia, Toyo dan Rai, merupakan 4 ekor kucing gergasi miliknya, menunjukkan minat untuk bermain bersama 3 orang anaknya yang berusia 7, 3 dan setahun.
Keakraban mereka terserlah sehinggakan tidur pun bersama-sama.
Menurut kajian, kucing lebih selesa untuk bersama bayi dan kanak-kanak kecil kerana mereka dilihat sebagai bukan ancaman kepada kucing.
Sumber: Soranews
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.