Selain manusia, haiwan seperti kucing juga boleh mempunyai masalah berkaitan otak dimana mempengaruhi fungsinya seperti ingatan.
Dikenali sebagai Feline Senile Dementia atau juga Cognitive Dysfunction System (CDS), penyakit ini adalah berkaitan usia yang mempengaruhi fungsi otak.
Sama seperti dementia yang terjadi kepada manusia, kucing yang mengalami dementia akan mula hilang ingatan, kesedaran dan pengecaman terhadap dunia di sekitar mereka.
Menurut seorang doktor haiwan, tanda-tanda dementia pada kucing berlaku seawal usia 7 hingga 8 tahun, seperti berikut:
- Mengiau secara tiba-tiba
- Tercengang, bingung, atau keliru dalam suasana biasa
- Perubahan tabiat membuang najis
- Menjadi kurang mesra
- Berubah sikap
- Tidak menjaga diri
- Selera makan berubah
Menurut doktor haiwan, sekiranya berlaku perubahan pada tingkah laku kucing, pemilik dinasihatkan untuk membawa ke klinik haiwan berdekatan bagi menjalani pemeriksaan. Ia bagi memastikan sama ada kucing itu mengalami dementia, atau ada masalah kesihatan lain.
Jika didapati sah menghidap dementia, kucing akan diberikan suplemen seperti vitamin E dan juga minyak ikan, atas nasihat daripada doktor haiwan.
Sebagai pemilik, sokongan daripada anda sebagai pemilik adalah sangat penting, seperti tidak mengubah susunan perabot, latihan harian yang konsisten seperti waktu makan yang tetap setiap hari boleh membantu kucing kesayangan anda daripada menghadapi kesukaran ini.
Sumber: Verst.com.my
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.