Seorang pencinta kucing bersama ahli keluarganya dikejutkan dengan insiden 10 ekor kucing milik mereka dan jiran ditemui mati diracun oleh individu tidak bertanggungjawab.
Dipetik dari Kosmo!, wanita yang dikenali sebagai Wan, 49, bersama ahli keluarga telah pulang ke Johor pada Sabtu lalu, sebelum meminta kenalan anaknya untuk memberikan makanan kepada 4 ekor kucingnya yang ditinggalkan di rumah.
Namun, dia menerima panggilan pada Ahad mengatakan 2 ekor kucingnya telah muntah darah dan mati beberapa jam selepas itu, dan selebihnya telah hilang.
“Biasanya kucing itu ada dekat rumah saya atau rumah jiran, namun keadaan gelap pada sebelah malam membuatkan saya dan jiran mengambil keputusan untuk mencari kucing itu pada Rabu.
“Luluh hati saya, apabila melihat lapan ekor kucing milik saya dan jiran yang dipelihara sejak empat tahun lalu dalam keadaan kaku dipercayai sudah mati beberapa hari. Saya percaya kucing itu diracun kerana keadaan mulutnya berdarah,”
Sehubungan dengan itu, penduduk setempat sepakat membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman mengesahkan telah menerima laporan berkenaan.
Sumber: Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.