Sedih bila mendengar kes-kes kekejaman terhadap haiwan jalanan yang semakin menjadi-jadi. Meskipun hukuman dikenakan, ia seolah-olah tidak memberi kesan kepada orang lain agar tidak menyiksa haiwan yang tidak bersalah ini.
Haiwan yang tidak bertuan pasti susah untuk mencari makanan sendiri, selain tempat untuk berlindung. Ada kalanya mereka makan sekali sehari, dan ada juga mereka berlapar hingga berhari-hari lamanya.
Seorang pengguna Facebook, Balinda Arifin telah berkongsi kisah sedih apabila beliau memberikan makanan kepada seekor kucing yang sedang kelaparan.
Mana tidaknya, kucing berkenaan dilihat mengalirkan air mata apabila dapat merasa makanan, mungkin sudah berhari-hari ia dalam keadaan kelaparan.
Ia sekaligus menyebabkan wanita ini serta suaminya menangis sama, mengenangkan nasib kucing jalanan itu.
Hantaran wanita ini juga menjadi tular di Facebook, yang turut mendapat perhatian orang ramai yang bersimpati dengan keadaan kucing berkenaan.
Dikesempatan ini, orang ramai diingatkan agar tidak berlaku kejam terhadap hidupan, termasuklah haiwan dan alam sekitar.
Sumber: Facebook Balinda Arifin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.