Kucing memang mempunyai tingkah-laku yang comel, malah sifatnya pasti membuatkan ramai jatuh hati. Namun ada pula perangai haiwan ini yang pemiliknya pening kepala!
Sama seperti kucing ini, dia mampu mematikan bunyi alarm setiap kali ia berbunyi setiap pagi.
Di setiap pagi, kucing bernama Joaquim ini akan merasa terganggu dengan bunyi alarm tersebut. Disebabkan itu, ia akan mematikan alarm pada telefon bimbit yang mengganggunya.
Kucing ini sanggup berlari menghampiri alarm tersebut ketika ia sedang berbunyi. Dengan kakinya, ia boleh menekan skrin smartphone hingga alarm mati.
Disebabkan hal ini, pemiliknya sering terlambat bangun kerana kucingnya, Joaquim yang mematikan bunyi alarm.
Mungkin alasan “maaf, kucing saya matikan alarm” boleh diterima pakai apabila terlambat ke tempat kerja..?
Sumber: hitekno.com
Foto: youtube.com/Anna Kol
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.