Seekor kucing bernama Candy dilaporkan telah menyelinap masuk ke dalam bagasi tuannya ketika pemiliknya sedang dalam perjalanan mahu pergi bercuti.
Bagaimanapun, kucing tersebut ditemui ketika pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Isle of Man, Castletwon.
Pemilik kucing itu, Nick dan Voirrey Coole dalam perjalanan ke New York, tidak mengetahui akan kehadiran kucing berkenaan sebelum diperiksa oleh kakitangan dilapangan terbang.
Atas bantuan kakitangan lapangan terbang, kucing itu telah dihantar pulang dan pasangan Coole dibenarkan menaiki pesawat.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.