Bila melibatkan perbalahan antara negara, ada banyak cara dilakukan bagi memastikan kemenangan berjaya dikecapi. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan kucing.
Dikenali sebagai projek ‘Acoustic Kitty’, projek sulit oleh Direktorat Sains dan Teknologi cawangan CIA bertujuan mengintip kedutaan Soviet ketika Perang Dingin pada tahun 60-an.
Kucing digunakan dengan membedah dan meletakkan mikrofon, bateri dan antenna dalam badan, seterusnya kucing-kucing ini dilepaskan pada lokasi-lokasi tertentu.
Menurut salah seorang bekas pegawai CIA, Victor Marchetti berkata, “Mereka menoreh kucing itu, memasukkan wayar dan bateri”.
Kucing yang telah dipasangkan alat peranti ini seterusnya menjalani latihan khas. Namun, terdapat banyak masalah dihadapi oleh mereka seperti saiz bateri yang kecil untuk dimuatkan dalam badan kucing.
Disebabkan kos yang tinggi kira-kira RM40 juta, projek ini terpaksa dihentikan pada tahun 1967.
Sumber: How Stuff Works
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.