Gara-gara penularan berita palsu, kucing-kucing hitam di Vietnam telah dibunuh dan direbus untuk dijadikan penawar kepada wabak COVID-19.

Perkongsian yang tular di Vietnam ketika ini adalah berikutan terdapat laporan kononnya kucing hitam mampu menyembuhkan wabak COVID-19 dan dijadikan penawar. Ramai yang mula percaya perkhabaran itu sehinggakan seorang bayi turut menikmati minuman penawar tersebut.

Dalam perkongsian oleh media tempatan Vietnam, kucing-kucing hitam diletakkan dalam satu periuk besar sebelum air panas mendidih dituang ke dalamnya. Gambar dan video yang mengerikan itu muncul selepas para penyelidik mendapati krisis koronavirus telah mencetuskan lonjakan penjualan daging anjing dan kucing melalui aplikasi penghantaran makanan di Vietnam dan Kemboja.


Malah, seorang penjual di Kemboja mengatakan mereka yang berada dalam komunitinya percaya, daging anjing adalah baik untuk kesihatan dan berupaya mencegah pebakit selesema atau virus seperti COVID-19. Namun, sehingga ke hari ini, masih belum ada kajian saintifik yang menyokong kepercayaan tersebut.
Sikap tidak berperikemanusiaan ini telah membuatkan ramai bimbang akan nasib haiwan perliharaan masing-masing.
"Tidak ada bukti apa pun bahawa makan kucing menyembuhkan coronavirus dan walaupun ada, rawatan tidak berperikemanusiaan ini adalah tahap kekejaman yang tidak dapat diterima bahkan bagi mereka yang memakan daging.", kata pengasas pertubuhan kebajikan No To Dog Meat, Julia de Cadenet.
Sumber
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.