Tidak ramai yang berkesempatan menyaksikan perkara-perkara rare terjadi di depan mata. Apatah lagi sekiranya ingin dirakamkan.
Beberapa minggu sebelum kejadian, keluarga Waite dari London sedang menantikan kucing mereka, Nala, untuk melahirkan anak. Selang beberapa lama selepas itu, Nala selamat melahirkan 8 ekor anak kucing, tetapi satu daripadanya berbeza dengan yang lain, iaitu mempunyai dua wajah.
Mereka sepakat menamakan anak kucing itu dengan nama Miracle, kerana merasakan ia adalah satu keajaiban.
Kejadian dua wajah ini dikenali sebagai Janus, iaitu satu kejadian mutasi genetik yang amat jarang terjadi, khususnya pada haiwan.
Miracle sama seperti anak kucing lain, cuma yang menjadi masalah pada anak kucing ini adalah ketika ingin menyusu, menyebabkan keluarga Waite terpaksa menggunakan syringe untuk menyusukannya.
Namun masalah lain mula timbul apabila wujud masalah pernafasan kerana anak kucing ini berkongsi satu trachea dan satu esophagus.
Dilaporkan Miracle sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir selang beberapa hari selepas ia cuba untuk belajar berjalan.
Sumber: Diply
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.