Jika anda peminat tegar Hello Kitty dan watak-watak lain ciptaan Sanrio, pasti anda tidak akan lepaskan peluang untuk ke Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur yang telah berlangsung sehingga 6 Januari 2019 di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah. Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio telah memainkan peranan penting ketika zaman kita membesar dan akan terus melakukannya.
Pameran yang bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melhat dengan lebih dekat 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni. Terdapat 13 zon di pameran ini dengan tarikan utama Sanrio Village.
Di Sanrio Village inilah terdapat 100 watak dari keluarga Sanrio berkumpul, termasuk kereta api mainan Sanrio yang penuh nostalgia. Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970.
Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia pada bahagian The Retro Classic.
Pengunjung juga berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong dibahagian The Plushy World. Disini, pengunjung dibawa merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanrio Time Tunnel’ yang membawa kita mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun!
Antara lain, bahagian ‘Paper Doll Fun’ mengingatkan kita tentang sentuhan fesyen pada anak patung, ‘Vintage Stationary House’ memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, ‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News dan di ‘Strawberry Office’ pula anda boleh menjumpai banyak rahsia Strawberry King.
Menariknya juga kali ini Sanrio mengadakan pameran di Kuala Lumpur, terdapat juga pameran Sanrio Melawat Malaysia disini. Pastinya satu kerugian jika anda terlepas peluang melihat karakter- karakter Sanrio beraksi di tempat tarikan popular di Malaysia.
Ada banyak lagi tempat pameran yang awesome untuk anda lawati disini. Untuk maklumat lebih lanjut tentang pameran dan tiket, boleh layari laman web Sanrio disini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.