Baru-baru ini, tular sebuah gambar nasi putih dan kuah yang didakwa makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sebuah sekolah.
Seorang pengguna di laman Facebook kesal apabila melihat cucu saudaranya membawa pulang makanan yang hanya nasi putih dan kuah sahaja.
Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan lanjut berhubung isu tular tersebut.
Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau sudah mengarahkan siasatan dibuat bagi mengenal pasti sekolah terbabit dan memandang serius isu sebegini.
“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah (RMT).
“KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya.
Rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap isu tular ini dan mahu pihak kerajaan komited menyiasat agar murid-murid ini diberikan makanan berkhasiat menerusi program RMT tersebut.
Sumber: [1] [2]
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.