Peraturan kuarantin tujuh hari bagi penumpang luar negara yang tidak mengambil vaksin COVID-19 akan ditarik balik Kerajaan Korea Selatan mulai Rabu depan.
Perkara tersebut disahkan Perdana Menteri Han Duck Soo sendiri pada Jumaat tetapi mereka masih perlu menjalani ujian PCR dalam tempoh tiga hari selepas tiba di Korea Selatan, kata Han.
"Selain itu, sekatan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon akan dimansuh sepenuhnya mulai 8 Jun, dan kerajaan akan memastikan penerbangan dikendalikan selari dengan permintaan," katanya.
Menurut Kementerian Pengangkutan, perkara tersebut dilakukan bagi merancakkan lagi ekomoni dan meningkatkan jumlah penerbangan ketibaan kembali kepada tahap sebelum pandemik.
Permintaan terhadap penerbangan antarabangsa juga meningkat sejak kerajaan menghapuskan peraturan penjarakan sosial.
Harga tiket penerbangan juga tidak munasabah akibat sekatan ke atas bilangan penerbangan antarabangsa dan perintah berkurung untuk ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Setakat ini, lapangan terbang tidak menerima sebarang penerbangan ketibaan dari 8 malam hingga 5 pagi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.