Sejak daripada tahun 2012, ritual bagi menyediakan diri sebelum alam kematian telah diadakan dimana lebih 25,000 orang mengambil bahagian.
Ritual yang diadakan di Hyowon Healing Center ini bertujuan memperbaiki kehidupan manusia dengan merasai alam kematian.
Dalam upacara ini, peserta akan memakai pakaian pengebumian, memegang potret, menandatangani surat terakhir dan juga berbaring dalam keranda tertutup selama 10 minit.
Menurut ketua pusat berkenaan, peserta yang menyertai program terbabit kebanyakkannya mengalami kemurungan dan mereka mahu muhasabah diri jika mereka nekad membunuh diri sendiri.
Sumber: Reuters
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.