Bagi meningkatkan populasi penduduk, Korea Selatan telah menawarkan ganjaran sehingga 100 juta won (kira-kira RM RM369,279) bagi pasangan yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang anak dalam setiap keluarga.
Insentif kewangan yang dibuat itu adalah satu dasar baharu menerusi pemberian pinjaman, dalam usaha meningkatkan populasi penduduk negara berkenaan yang kini semakin menurun.
Jika pasangan itu melahirkan seorang anak, tiada faedah pinjaman dikenakan. Sebaliknya, jika dua anak, 30 peratus faedah pinjaman akan dikecualikan, dan jika tiga atau lebih anak, tiada pembayaran balik pinjaman dikenakan.
Ia bermaksud, bagi pasangan yang mempunyai sekurangnya tiga orang anak, pinjaman yang dibuat adalah sebagai hadiah buat mereka.
Polisi baharu ini juga adalah bagi menggalakan perkahwinan dan kelahiran zuriat di bandar itu berikutan penurunan kadar kelahiran di seluruh negara ketika ini. Malah, tahun lalu kadar kematian adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar kelahiran.
Sumber: UPI.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.