Kredit gambar utama: YouTube
Beberapa hari menjelang Miku Expo 2017, peminat Vocaloid tentunya semakin teruja dan tidak sabar untuk bertentang mata dengan sensasi maya ini. Walaupun telah banyak fakta dikongsi sebelum ini tidak sama dengan fakta kali ini yang dikongsi sendiri oleh pencipta watak Miku dari Crypton Future Media Inc.
#1 Inspirasi Watak Miku
Inspirasinya datang daripada pelbagai sumber dan aspek budaya Jepun termasuk manga dan anime. Lagu-lagu dan ilustrasinya pula dibangunkan sedikit demi sedikit oleh individu yang menciptanya. Karakter Miku, walaupun telah 10 tahun dibangunkan masih dalam proses penambahbaikan oleh individu yang menulis lagu dan melukis ilustrasinya.
#2 Reaksi Peminat
Walaupun merupakan produk software, Miku menerima reaksi awal yang cukup positif. Watak ini juga tidak terus dipromosikan secara besar-besaran tetapi dibangunkan secara berperingkat oleh pengguna software yang juga peminat Miku melalui lagu dan ilustrasi yang dihasilkan mereka.
#3 Muzik Baru
Hatsune Miku bukanlah watak pertama dihasilkan tetapi watak ini paling terkenal. Miku membuka ruang kepada media arus perdana mengenali penyanyi maya yang boleh membuat persembahan secara hologram dan menyanyikan apa jua lagu yang diingini.
#4 Miku menyatukan pemuzik
Lagu remix "Last Night Good Night" menyatukan penyanyi R&B Pharrell Williams dengan komposer Vocaloid kz (livetune) dan artis kontemporari Takashi Murakami.
#5 Berevolusi
Kredit: HATSUNE MIKU EXPO 2016 Japan Tour Official Illustration. Illustration by neco © Crypton Future Media, INC. www.piapro.net
Miku bukanlah produk akhir... Karekternya berevolusi bersama software Vocaloid yang mengambil masa beberapa bulan untuk dibangunkan. Identiti dan watak Miku turut berevolusi dan perubahan ini dicetuskan peminatnya sendiri.
10 tahun Hatsune Miku mewarna industri seni dengan jutaan peminat seantero dunia. Sabtu ini, ikon maya ini bakal membawa revolusi baru muzik di Malaysia melalui konsert pertamanya. Sudahkah anda bersedia? Klik sini untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.