Penangan AFF Suzuki edisi 2018 kali ni bukanlah satu fenomena yang biasa, malah ianya luar biasa ! Berikut merupakan 5 kompilasi tular di sosial media sepanjang perlawanan AFF Suzuki yang berlangsung tahun ini! Jom check out !
1) Pasangan lamar kahwin di Stadium Nasional Bukit Jalil
Yang ini rare weh! Kejadian ni berlaku di stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan antara Malaysia menentang Myanmar baru–baru ini. Video lamaran ini viral di Twitter apabila netizen beranggapan si lelaki itu begitu berani melamar kekasihnya di hadapan lebih 85, 000 penonton di stadium ! Difahamkan pasangan tersebut dikenali dari bangsa india dan wanitanya pula berbangsa cina.. Alahai sweet je !
2) Tiket Dilelong RM 1 Untuk Wanita “ Single “ !
Kredit : mudah.my
Hahaha yang ini lawak ! Ada juga yang terfikir untuk iklankan tiket bola ni dengan harga RM1 dengan syarat pembeli harus wanita yang berstatus “single “ !
Lelongan itu viral setelah dijumpai dalam laman sesawang mudah.my bersama syarat yang berbunyi “ Satu tiket untuk wanita ‘ single ‘ secara percuma untuk teman saya ke stadium selasa ni “
3) Tweet Nak Tiket Sebab Mahu Beri Adik
Viral di Twitter apabila seorang netizen memerlukan tiket untuk diberi kepada adiknya setelah loker simpanan duit di curi ketika berada di asrama.
Menurut netizen berkenaan, duit yang dicuri itu merupakan hasil penat lelah adiknya yang berniaga mee segera dan mengambil upah RM1 dengan menggosok pakaian di asramanya. Sebaik sahaja posting itu tular di media sosial, ramai yang menawarkan tiket secara percuma kat brother ni weh ! Murah rezeki dia kan. Jom baca kat bawah ni :
4) Sepakan Penalti Adisak Kena ‘’Troll “
Momen sepakan penalty dari pasukan Thailand, Adisak dijadikan troll di sosial media apabila sepakannya dikatakan mensia-siakan peluang untuk gol bagi pasukan Thailand.Korang usha jom video troll kat bawah ni !Lawak tau !
5) Sanggup Gadai Motor Demi Harimau Malaya
Kredit : Stadium Astro
Luar biasa! Ada juga tindakan tidak masuk akal penyokong bola sepak Negara apabila ada diantara mereka yang sanggup bergadai harta demi mendapatkan tiket serta wang perbelanjaan yang cukup untuk perlawanan timbal balik Malaysia menentang Vietnam pada 15 Disember ini.
“ Jika duit masih belum cukup, mungkin saya akan jual motosikal ini untuk misi ke Hanoi “
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.