Jurgen Klopp bertegas tidak akan meminta penyerangnya, Mohamed Salah untuk mengubah cara permainannya, walaupun timbul spekulasi bahawa ia akan memberi kesan buruk kepada hubungannya dengan rakan sepasukan.
Ahad lalu, Sadio Mane telah melepaskan kemarahannya selepas digantikan ketika pasukan The Reds melakar kemenangan 3-0 ke atas Burnley.
Kemarahan itu dikatakan berpunca daripada tindakan Salah yang tidak mengumpan bola kepadanya walaupun Mane berada dalam posisi terbaik untuk menjaringkan gol.
Salah juga tidak mengumpan bola pada Firmino dalam babak kedua perlawanan.
Klopp juga menunjukkan kekecewaan pada Salah namun tidak merasakan ia sebagai isu yang besar.
"Saya dapat menggambarkan lima atau enam situasi yang mana semua orang berfikir, 'hantar, hantar, hantar dan kemudian dia menjaringkan gol.
"Jadi, ini adalah kebebasan sebagai pemain. Pemain perlu membuat keputusan sama ada mahu menghantar bola atau sebaliknya.
"Kita boleh melakukan kesilapan ini. Kamu boleh hilang bola atau tersalah sepak atau ada masanya kamu tidak dapat melihat rakan sepasukan. Ia bukanlah disebabkan kamu tidak mengendahkannya.
"Ia bukanlah isu besar tetapi sebagai penyerang, kamu akan berdepan situasi ini," kata Klopp.
Sumber: Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.