Peningkatan kes COVID-19 harian mencecah 6,075 pada Rabu semalam, dan ia angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.
Orang ramai diharap lebih berwaspada melindungi diri serta keluarga daripada wabak virus maut itu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, langkah terbaik adalah tinggal di rumah selain patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Tambahnya, beliau menyeru rakyat untuk melakukan sekatan pergerakan kendiri atau 'self lockdown' bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Menerusi ciapan di akaun Twitter, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi beberapa tip yang boleh dilakukan untuk orang ramai melakukan sekatan pergerakan kendiri.
Antara tip tersebut ialah;
#1 - Pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan seminggu sekali.
#2 - Isi minyak kenderaan tangki penuh.
#3 - Solat berjemaah lima waktu bersama ahli keluarga.
#4 - Manfaat pembelian secara dalam talian.
#5 - Tidak menerima tetamu.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.