Susulan daripada penularan wabak Coronavirus diseluruh dunia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiga kes didapati positif di Johor Bahru.
Memetik sidang media yang diadakan oleh KKM, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua lapan individu warganegara China yang dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru ini mempunyai hubungan rapat dengan dua pesakit positif di Singapura.
Ekoran daripada itu, orang ramai dinasihatkan agar memakai alat perlindungan diri seperti topeng muka dan juga hand sanitizer serta elakkan daripada berada ditempat awam buat sementara waktu.
Setakat ini, 41 kes kematian akibat daripada Coronavirus telah dilaporkan yang bermula daripada Wuhan, China.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.