Air Zam-Zam adalah salah satu sumber air bawah tanah yang melalui telaga air zam zam, terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah.
Telaga air zam-zam ini merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Ia mempunyai kedalaman 30 meter dengan 3.32 meter dalam air.
Air yang diberikan secara percuma kepada semua jemaah ini bagaimanapun adalah dilarang sama sekali dijual di Malaysia. Ini adalah kerana air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi (AMS).
Penjualan AMS adalah perlu mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Bagaimanapun, KKM tidak mengeluarkan lesen bagi penjualan air zam-zam. Justeru, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana individu atau agensi yang didapati menjual air zam-zam ini di Malaysia.
Mereka yang didapati bersalah menjual, mengimport atau mengedarkan air zam-zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.
Sumber: KKM Putrajaya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.