Jika anda perasan baru-baru ini timbul berita kononnya huruf terakhir iaitu Z akan dibuang daripada senarai huruf bahasa Inggeris.
Pengumuman itu kononnya dibuat oleh English Language Central Commission (ELCC), berkuatkuasa 1 Jun ini.
Bagaimanapun, berita ini adalah tidak sahih dan ia sudah pun tersebar meluas diluar negara sejak daripada tahun 2010 lagi.
Menurut laman Hoax Slayer, tidak wujud mana-mana badan atau organisasi bernama ELCC di dunia, dan pembubaran huruf Z daripada senarai huruf adalah sangat mustahil dilakukan.
Tambah lagi, berita pembubaran huruf Z ini pada mulanya sebagai prank April Fool sekitar tahun 2010, namun ia mula tersebar hingga seluruh dunia dan kembali menjadi sensasi di Internet tahun ini/
Jika anda salah seorang yang mempunyai huruf Z dalam nama anda, jangan bimbang kerana anda masih boleh menggunakan huruf tersebut sampai bila-bila.
Sumber: Hoax Slayer / Daily Writing Tips
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.