Jumlah kes positif COVID-19 hari ini telah mencecah lebih 5 juta diseluruh dunia dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,189,177 kes setakat hari ini, 22 Mei 2020.
Ia berikutan pertambahan lagi 90 ribu kes positif baru dalam tempoh masa 24 jam.
Daripada jumlah itu, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 1.5 juta kes kumulatif diikuti Rusia, Brazil, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.
Sementara itu, enam lagi negara lain dengan angka kumulatif melebihi 100,000 jangkitan adalah Perancis, Jerman, Turki, Iran, India dan Peru. Negara-negara lain diseluruh dunia juga masih dibawah 85,000 kes.
Setakat ini, wabak pandemik COVID-19 telah menular di 188 buah negara dengan kes sembuh sebanyak 1.92 juta dan kematian seluruh dunia mencecah lebih 330 ribu.
Sumber: Coronatracker
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.