Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Individu Disaran Buat Saringan COVID-19 Sebelum Balik Kampung Jika Rentas Negeri Dibenarkan - Khairy

Menteri kesihatan menyeru orang ramai yang bersedia pulang ke kampung untuk buat saringan COVID-19, inisiatif sendiri bagi melindungi orang tersayang.
Muhammad Izwan Zainal
06 Oct 2021, 02:59 PM

Ramai rakyat Malaysia pasti menunggu peluang untuk merentas  negeri apabila hanya 1.6 peratus sahaja diperlukan sebelum negara mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin.

Namun, individu yang berada di kawasan berisiko tinggi terdedah jangkitan Covid-19 dinasihati menjalani ujian kendiri secara berkala sebelum bersedia balik kampung.

individu disaran buat saringan covid-19 sebelum balik kampung jika rentas negeri dibenarkan - khairy

Menerusi ciapan di laman Twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru orang ramai yang mahu merentas negeri dan balik ke kampung masing-masing untuk menjalani ujian calitan.

Lebih-lebih lagi apabila pergerakan rentas negeri sudah hampir dibenarkan dengan 1.6 peratus sahaja diperlukan bagi kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

“Sementara @KKMPutrajaya telah transisi kepada ujian asimtomatik, kami menggalakkan mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi jangkitan melakukan ujian secara berkala.

“Jika anda mahu balik kampung dan berjumpa ibu bapa, lakukanlah ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag),” katanya.

Tambahnya, kerajaan tidak boleh lagi memantau semua perkara  seperti sebelum ini dengan melakukan sekatan jalan raya bagi memeriksa sama ada seseorang telah lengkap divaksinasi.

Kini, ia terletak pada tanggungjawab dan tingkah laku setiap individu untuk melakukan inisiatif sendiri bagi melindungi diri dan orang sekeliling.

“Saya percaya kita boleh mendepani cabaran ini,” katanya.


 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}