Pempengaruh digital, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman muncul dengan video resepi memasak di bulan Ramadan.
Ramai peminatnya pasti tertunggu-tunggu video resepi hasil air tangannya itu di platform media sosial Khairul Aming.
Khairul yang menggunakan hampir semua platform digital telah meraih perhatian ramai sehingga ada yang memuji dan turut mencuba menu yang dikongsikan di laman media sosialnya.
Baru-baru ini, Khairul berkongsi melalui ciapan di akaun Twitternya dan luah rasa syukur dan gembira apabila video pertama pada hari pertama bulan Ramadan tahun ini mencecah lebih tujuh juta tontonan di semua media sosial.
“Sebenarnya aku masih tidak terkata tengok engagement video hari ini. Ini paling tinggi sepanjang 4 tahun.
“Dalam masa 8 jam video tadi dah dapat 2 juta tontonan di Tiktok, 1.8 juta tontonan di IG, 1 juta tontonan di FB and 500k tontonan dekat Twitter. IG story juga mencecah 800k tontonan,” katanya lagi.
Biarpun ini adalah tahun keempat Khairul melakukannya, dia tekad dan komited menghasilkan video resepi yang ringkas dan mudah untuk diikuti orang ramai.
Penyampaiannya yang santai membuat ia dekat dengan orang ramai dan pasti warganet akan ternanti-nanti videonya setiap hari sepanjang Ramadan.
Sumber: Twitter Khairul Aming
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.