Selepas lebih sembilan bulan wabak koronavirus (COVID-19) melanda dunia, kes kematian akibat wabak ini telah melepasi angka satu juta.
Setakat 28 September, kes kematian akibat COVID-19 mencatatkan angka 1,002,137 dengan 33,297,503 kes positif.
Amerika Syarikat kekal tertinggi bilangan kes COVID-19 dengan 7,320,669 kes, diikuti India, Brazil, Rusia, dan Colombia.
Malaysia pula mencatatkan 150 kes baru, menjadikan jumlah kumulutif 10,919 kes positif dengan 134 kes maut. Lebih membimbangkan, 7 kluster baru dilaporkan di Malaysia setakat ini dengan kes aktif sebanyak 950.
Sumber: Coronatracker / KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.