Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan kes taun atau kolera dikesan di daerah Petaling, Selangor.
Menurut ciapan Ahli Parlimen Rembau di laman Twitter pada Ahad, Jabatan Kesihatan Selangor telah mengesan satu kes kolera di daerah Petaling, Selangor.
Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya hanya minum air yang telah dirawat atau dididihkan dan mengelakkan makanan mentah serta menjaga kebersihan diri.
Malah, beliau juga memaklumkan informasi lanjut berhubung kes kolera tersebut akan dijelaskan dalam masa terdekat.
Penyakit kolera atau taun merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.
Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit manakala gejala serius boleh membawa maut akibat dehidrasi yang teruk.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.