Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu lagi kes yang disahkan dijangkiti novel koronavirus di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes keempat ini melibatkan seorang lelaki berumur 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China.
Kes ini juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan tiga kes positif sebelum ini.
“Individu tersebut tiba di Johor Bahru pada 22 Januari 2020 dengan menaiki bas dari Singapura.
“Kes datang bersama sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya yang turut terdiri daripada isteri dan seorang anaknya
“Kes mula mengalami gejala demam pada 23 Januari 2020 dan keesokan harinya beliau telah pergi mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berhampiran” jelas Dr Noor Hisham seperti dipetik dari Awani.
Mangsa telah mendapatkan rawatan lanjut dibawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) kemudian bertindak mengesan semua 17 kontak daripada kumpulan pelancongan yang sama bagi melakukan ujian saringan memeriksa kesihatan mereka.
Hasil ujian mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Namun kesemua kontak tersebut kini diletakkan dibawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan sementara menunggi keputusan ujian klinikal pengesahan 2019-nCoV di MKAK Sungai Buloh.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.