Malaysia bertambah satu lagi kes positif COVID-19 selepas satu lagi kes dilaporkan positif semalam.
Kes ke-19 ini adalah kawan kepada kes ke-14 dan anak kepada kes ke-16. Mereka adalah pelancong dari China yang masuk ke negara ini pada 25 Januari lalu.
Selain itu, empat lagi kes baru disyaki COVID-19 di Sarawak, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Dua daripada pesakit dalam siasatan itu berada di Hospital Miri dan dua lagi masing-masing di Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak di Kuching.
"Dengan kes terbaharu ini, Sarawak mencatatkan jumlah kumulatif 80 kes PUI yang dilapor antara 10 Jan sehingga hari ini dengan majoriti 59 adalah rakyat Malaysia, 18 warga China dan masing-masing seorang dari Thailand, Indonesia dan Kanada," menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
64 daripada 80 kes yang dilapor disahkan negatif COVID-19 dan hanya 16 daripadanya sedang menunggu keputusan ujian makmal.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.