Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Hanya Salah Faham, Kes Ibu Mengamuk Di Kedai Serbaneka Akibat Anak Dituduh Mencuri Akhirnya Selesai

Akhirnya, kedua-dua pihak tampil bermaafan!
Muhammad Izwan Zainal
04 Mar 2022, 02:38 PM

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila insiden melibatkan pekerja kedai serbaneka, ibu dan kanak-kanak yang didakwa mencuri.

Malah, ia menjadi perhatian warganet setelah ibunya berang dan mengamuk sambil meninggikan suara serta melakukan Facebook Live ketika kejadian.

hanya salah faham, kes ibu mengamuk di kedai serbaneka akibat anak dituduh mencuri akhirnya selesai

Ramai juga yang berang apabila perlakuan anaknya dilihat kuat memberontak dengan kerap menyepah barangan serta menendang kaunter kedai tersebut.

Susulan itu, seorang lelaki yang dipercayai pengurus kedai serbaneka tampil memberikan penjelasan terhadap insiden yang berpunca akibat salah faham di antara pekerjanya dan juga pelanggan.

Video berdurasi 1 minit 10 saat yang dikongsi di laman TikTok jelas memaklumkan dan menceritakan kronologi situasi sebenar ketika kejadian berlaku.

hanya salah faham, kes ibu mengamuk di kedai serbaneka akibat anak dituduh mencuri akhirnya selesai

Dia berkata kejadian berlaku selepas salah seorang rakan kepada kanak-kanak lelaki itu didakwa mencuri dan memberitahu kepada kakitangan kedai serbaneka terbabit.

“Adik ini datang bersama tiga orang rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini telah mencuri.

“Pekerja saya telah bertanya kepada adik ini, betulkah adik mencuri? Adik ini telah berasa takut dan menangis, lantas dia berlari keluar bagi mendapatkan ibunya,” katanya.

hanya salah faham, kes ibu mengamuk di kedai serbaneka akibat anak dituduh mencuri akhirnya selesai

Namun, hasil semakan rakaman litar tertutup (CCTV) mendapati kanak-kanak lelaki berkenaan tidak bersalah dan tiada langsung kes kecurian berlaku.

“Kami telah membuat semakan melalui CCTV dan mendapati bahawa adik ini tidak mencuri dan tiada barang yang hilang. Di sini telah berlaku salah faham,” ujarnya.

Lantas, ibu kepada kanak-kanak lelaki dan pekerja kedai serbaneka tersebut mengakui kesilapan masing-masing atas salah faham berkenaan dan saling bermaaf-maafan ketika bertemu.

“Jadi, di sini saya merayu kepada semua agar tidak mengecam ibu kepada adik ini,” kata pengurus berkenaan.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}