Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 1,884 kes baru direkodkan setakat 23 November 2020.
Jumlah tertinggi kes yang pernah direkodkan di Malaysia sejak wabak COVID-19 melanda ini menyaksikan negeri Selangor paling ramai kes jangkitan, iaitu 1,203 kes baru.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Selangor sahaja sebanyak 10,955 kes, dimana kesemua kes baru adalah dari penularan tempatan.
Kes positif di Lembah Klang melonjak berpunca daripada kluster di tempat kerja iaitu Kluster Teratai (1,067), Kluster Damanlela (105) dan kluster baharu, Kluster Bintang (75).
Perincian kes COVID-19 di Malaysia adalah seperti berikut:
- 1,884 kes baru
- 1,882 jangkitan tempatan
- 883 kes sembuh
- 2 kematian
- 56,659 jumlah kes keseluruhan.
Sumber:
@KKMPutrajaya / Selangor Task Force Covid 19
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.