Kredit: HUAWEI
Tak kiralah korang bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat, bekerja sendiri sebagai freelancer, baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan atau dah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan, semuanya mempunyai satu matlamat yang utama dan sama: meraih keuntungan.
Salah satu faktor dalam meraih keuntungan ialah cara bekerja yang cekap. Tetapi bukan senang nak bekerja dengan cekap. Ada beberapa perkara yang boleh membantutkan kita, salah satunya adalah penggunaan teknologi dan peranti lapuk.
Dengan teknologi yang kian berkembang pesat, peranti yang korang pakai pun kenalah sesuai mengikut peredaran zaman bagi melancarkan komunikasi dan operasi.
Oleh sebab itu, HUAWEI membawakan kepada korang Pakej Together 2020 Business Elite khusus buat korang yang ingin bekerja lebih cekap. Pelan ansuran 12 bulan ni menawarkan harga pakej serendah RM25.69 sehari untuk peranti-peranti pintar HUAWEI yang berikut:
#1 Siri Mate 30
Kredit: HUAWEI
Fon Mate 30 ni merupakan fon pintar pertama di dunia dengan Cine Camera 40MP. Korang boleh ubah volume, ambil selfie atau mengawal permainan game dengan mudah hanya dengan fungsi sentuhan-sisinya yang inovatif.
Terdapat Kawalan AI Gesture di mana korang boleh mengawal HUAWEI Mate 30 Pro tanpa perlu menyentuh skrin. Selain itu, AI Private Viewnya mampu membezakan renungan pemilik dengan renungan orang lain. Dengan fungsi ini, AI boleh menyembunyikan kandungan notifikasi secara automatik. So tak perlu risau kalau ada orang yang nak baca mesej-mesej peribadi korang!
Fon ni turut dilengkapi dengan AI Auto Rotate yang mampu mengunci pergerakan skrin dengan meneliti pergerakan mata kita. Bukan tu je, fon pintar ni juga merupakan fon pintar pertama di dunia dengan pengecasan tanpa wayar 27W tau! Gempak!
Tambahan lagi, fon ini dilengkapi dengan EMUI 10 so korang boleh gabungkan Mate 30 dengan MateBook 13. Dengan kolaborasi ini, lebih mudah dan cepatlah korang siapkan tugasan serta perancangan perniagaan.
#2 Siri MateBook 13
Kredit: HUAWEI
Buat tugasan korang dengan lancar menggunakan fungsi ‘drag and drop’ yang ada untuk pindahkan gambar, video, dokumen atau apa sahaja fail dari telefon ke notebook atau sebaliknya dengan hanya satu sentuhan.
Keupayaan kolaborasi ‘multi-screen’ yang terdapat pada fon Mate 30 dan MateBook 13 membolehkan korang kawal skrin telefon dan notebook. Korang juga boleh sambungkan siri Mate ini dengan pelbagai peranti pintar HUAWEI yang lain!
#3 Watch GT 2
Kredit: HUAWEI
Bila dah terlalu sibuk bekerja, mesti kita akan lupa nak jaga kesihatan, contohnya macam bersenam. Bila tengah bersenam pulak asyik rasa tak senang hati sebab takut terlepas panggilan penting client atau pelanggan.
Sekarang korang dah boleh pakai jam tangan pintar Watch GT 2 ni so korang tak akan lagi terlepas sebarang mesej penting dengan hanya menyambungkannya kepada fon Mate 30.
Korang juga boleh pantau kesihatan dan rentak jantung dengan mudah. Nak tengok laporan lengkap mengenai kesihatan korang dalam fon pun tiada masalah.
Dengan jam ini, korang boleh mainkan muzik dengan mudah ketika bersenam, dan buat atau jawab panggilan dengan selesa tanpa perlu menghentikan senaman.
#4 Freebuds 3
Kredit: HUAWEI
Korang boleh menikmati muzik dengan nyaman tanpa sebarang gangguan dengan fungsi pembatalan bunyi bisingnya yang pintar. Dengan reka bentuk ikan lumba-lumba, ia memastikan penggunaan yang selesa dan mudah bagi jangka masa lama.
Earphone ini juga mempunyai fungsi bluetooth tanpa wayar yang membolehkan korang menjawab panggilan.
Nak bekerja lebih cekap? Jom dapatkan semua peranti pintar ni dengan Pakej HUAWEI Together 2020 Business Elite!
Kombo Bisnes ni termasuk empat peranti pintar HUAWEI, iaitu Mate 30 Pro (RM3,899), Watch GT 2 (RM799), MateBook 13 (RM3,999), dan Freebuds 3 (RM679); dan semuanya berjumlah RM9,376.
Tapi, pengsanlah kalau nak bayar selepuk macam tu kan? So HUAWEI menawarkan pelan ansuran 12 Bulan Together 2020 bagi memudahkan sesiapa sahaja memiliki semua peranti pintarnya.
Ni merupakan pelan harga bagi Kombo Bisnes:
- Bayaran bulanan (6 bulan): RM1,562.27
- Bayaran harian (183 hari): RM51.23
- Bayaran bulanan (12 bulan): RM781.33
- Bayaran harian (365 hari): RM25.69
Haa, korang boleh pilih nak pelan bayaran yang macam mana bagi kombo ni. Dengan bank seperti Ambank, CIMB, dan Citibank, anda boleh mendapatkan faedah 0% pelan ansuran.
Untuk info lanjut tentang produk HUAWEI, Layari shop.huawei.com/my atau tonton video ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.