Jika di Malaysia, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menggunakan sosial media sebagai medium pengantaraan baginda bersama rakyat jelata, begitu juga dengan ratu England yang akan berbuat sedemikian.
Menerusi iklan dilaman LinkedIn, tawaran sebagai Ketua Jabatan Digital itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan, dengan tangga gaji antara £45,000 (RM242,625) - £50,000 (RM269,583) setahun.
Mereka yang mahir dalam komunikasi digital, kreatif serta berpengalaman mengendalikan laman sosial berprofil tinggi untuk mana-mana individu atau organisasi adalah dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Jawatan kosong itu yang ditawarkan dengan posisi tetap bagaimanapun didapati telah menutup permohonannya sejak semalam.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.